.

~Serahkanlah segala peristiwa yang kita alami kepada ALLAH s.w.t.. Apa pun yang kita terima, kita perlu bertawakal kepada-NYA dan berpegang teguh kepada janji-NYA. Jangan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH s.w.t. dan sentiasalah redha pada setiap yang telah ditentukan-NYA. Insya-ALLAH, kita tergolong dalam orang-orang yang mencapai kemenangan.~

Sunday, January 2, 2011

Syarat Am menduduki STAM

Petang tadi tetiba ada seorang pelajar bertanyakan pasal STAM....cikgu saya dari smka boleh ka ambil STAM? macam berminat pula mau ambil stam ini....

untuk penjelasan berikut adalah maklumat Am untuk menduduki peperiksaan STAM..

MAKLUMAT AM PEPERIKSAAN STAM
 
a) Syarat - Syarat Pendaftaran STAM
  • Telah mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun 1999.
  • Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau.
  • Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM semasa.

b) Mata Pelajaran yang Ditawarkan
  • S101 - Hifz Al-Qur'an dan Tajwid
  • S102 - Fiqh
  • S103 - Tauhid dan Mantiq
  • S104 - Tafsir dan Ulumuhu
  • S105 - Hadith dan Mustolah
  • S106 - Nahu dan Sarf
  • S107 - Insya' dan Mutalaah
  • S108 - Adab dan Nusus
  • S109 - ‘Arudh dan Qafiyah
  • S110 - Balaghah

c) Yuran Peperiksaan
  • Bayaran asas : RM 50:00.
  • Bayaran mata pelajaran : RM 25.00 bagi satu mata pelajaran.

d) Pindah Pusat Peperiksaan
  • Calon sekolah perlu mengemukakan permohonan melalui pengetua sekolah asal masing-masing.
  • Calon persendirian perlu mengemukakan permohonan melalui Pengarah Pelajaran Negeri tempat calon mendaftar peperiksaan.
  • Calon dikenakan bayaran yuran perpindahan pusat peperiksaan sebanyak RM 50.00 seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia atas nama Pengarah Pelajaran Negeri dalam bentuk wang pos, kiriman wang dan draf bank.
  • Semua bahan dan dokumen kerja kursus perlu dihantar oleh sekolah asal ke sekolah baru calon.

e) Syarat Pemberian Sijil
  • Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
  • Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.
  • Calon yang telah menduduki peperiksaan STAM dan ingin mengulang peperiksaan tersebut boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki.
  • Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan seperti berikut :
Pangkat
Takrif
Mumtaz
Cemerlang
Jayyid Jiddan
Sangat Baik
Jayyid
Baik
Maqbul
Lulus
Rasib
Gagal

f) Semak Semula Keputusan Peperiksaan
  • Permohonan semak semula keputusan peperiksaan dibuka selama 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.
  • Bayaran semak semula keputusan peperiksaan ialah RM 50.00 bagi satu mata pelajaran.
  • Keputusan semak semula Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah muktamad.

1 comment:

  1. ble tnye ? law x amik sbjek agama pun ble x amik STAM neh ?

    ReplyDelete