.

~Serahkanlah segala peristiwa yang kita alami kepada ALLAH s.w.t.. Apa pun yang kita terima, kita perlu bertawakal kepada-NYA dan berpegang teguh kepada janji-NYA. Jangan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH s.w.t. dan sentiasalah redha pada setiap yang telah ditentukan-NYA. Insya-ALLAH, kita tergolong dalam orang-orang yang mencapai kemenangan.~

Wednesday, January 5, 2011

ciri-ciri tamadun mesopotamia

Hari ini saya masuk kelas 4 ajar sejarah bab satu..iaitu TAMADUN AWAL MANUSIA iaitu CIRI TAMDAUN MESOPOTAMIA...

Buat pelajar tingkatan 4 yang tidak sempat salin nota masa kelas tadi ini saya titipkan sedikit nota untuk kalian...tapi harus diingati sila buat semakan dengan buku teks.

CIRI-CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA

1.     Bermaksud tanah di antara dua sungai. Terletak antara Sungai Euphrate dan sungai Tigris
2.     Terbahagi kepada tujuh zaman pemerintahan iaitu:
a.      Kerajaan Sumeria                                     – 3500 – 2340 SM
                                                  i.      Merujuk wilayah selatan Iraq – Sumir .
                                                ii.      Peringkat awal didiami dua puak – Orang Sumeria dan Orang tidak tahu asal usulnya dan kecil bilangannya.
b.     Kerajaan Akkad                                       – 2371 – 2006 SM
c.     Kerajaan Ur                                   – 2113 – 2006 SM
d.     Kerajaan Babylon Awal dan Lama            – 2000 – 1530 SM
e.      Kerajaan Kassites                                    – 1530 – 1100 SM
f.       Kerajaan Assyria                                     – 1100 –   626 SM
g.     Kerajaan Chaldea                                     -    626 –   539 SM
3.     Parsi telah menguasai wilayah mesopotamia sehingga menyebabkan keruntuhan kerajaan tersebut.
4.     Proses pembentukan tamadun Mesopotamia  melalui proses berikut:
a.      Terbahagi kepada dua bahagian – utara dan selatan Baghdad.
b.     Utara Baghdad meliputi kawasan Sg Tigris ke utara termasuk Sg. Zab yang dikenali Assyria.
c.     Selatan Baghdad meliputi kawasan Sg. Tigris dan Euphrate dikenali Babylon.
d.     Bermula di wilayah selatan iaitu Sumer – org Sumeria bina petempatan  – menjalankan aktiviti pertanian  dan bina sistem pengairan.
e.      Perkampungan awalberkembang jadi kota dan membentuk negara kota spt Kish, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur, dan Mari.
f.       Negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan tersusun sistematik.
                                                  i.      Keluasannya sekitar 1000 batu persegi. Cth Kota Lagash – keluasannya 1800 batu persegi, penduduknya 30000 – 35000 orang.
                                                ii.      Setiap negara kota merupakan kerajaan berdaulat – ada unit politik sendiri.
                                              iii.      Hanya bersatu untuk menentang musuh.
5.     Ciri-ciri tamadun Mesopotamia.
a.      Setiap negara kota ada ciri tersendiri dan terbahagi kepada beberapa  kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
b.     Ada kubu pertahanan dengan pelbagai pintu gerbang – lambang kekayaan negara kota.
c.     Di pusat kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar.
d.     Jalanraya lebar dan lurus.
e.      Rumah ibadat menjadi tumpuan masyarakat dan pusat kota.
f.       Ada unit politik tersendiri dan agamanya.
g.     Sungai dan kawasan tanah pamah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
h.     Jalan laut menghubungkan negara kota dengan wilayah sekitarnya.
                                                  i.      Antara jalan utama ialah yang hubung Sumeria dan Kota Mari diguna pedagang luar dari Mesopotamia.
6.     Organisasi sosial masyarakat Mesopotamia terbahagi dua golongan iaitu
a.       golongan pemerintah
                                                  i.      Terdiri daripada Raja, Ketua pendeta, ketua Tentera dan orang bangsawan.
b.      rakyat.
                                                  i.      terdiri daripada rakyat bebas,- petani, artisan, dan pedagang.
                                                ii.      Hamba – daripada tawanan perang.
7.     Raja dalam sistem pemerintahan Mesopotamia berperanan sebagai: 
a.      Ketua kerajaan/pemerintah dan dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota, dikenali teokrasi.
b.     Ketua tentera
c.     Ketua pendeta/agama
d.     Berkuasa melantik pembesar terutama ahli keluarga dalam memegang jawatan di Zigurat.
e.      Berkuasa dalam bidang ekonomi – pengutipan cukai tanah, hasil pertanian dan perniagaan.
f.       Ketua pemerintahan dan dibantu golongan bangsawan yang ada ikatan kekeluargaan.
g.     Masyarakatnya tidak menyembah raja saebagai tuhan kecuali dalam zaman Raja Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.
8.     Dalam bidang pengkhususan kerja dapat dilihat melalui aspek:
a.      Wujud bila ada lebihan hasil pertanian. Kesannya – ada petani yang tukar kerja sebagai petani, artisan, dan peniaga
b.     Wujud perdagangan antarabangsa untuk dapatkan banyak bahan mentah spt logam,kayu - kayan, emas,dan perak. Ditukarkan dengan hasil pertanian. Dagang dengan lembah Indus.
c.     Wujud pengusaha tembikar, tekstil, dan alat keperluan.
d.     Tukang rumah- keperluan masyarakat untuk rumah.
e.      Rakyat yang berkhidmat sebagai tentera.
9.     Aspek keagamaan dan kepercayaan masyarakat Mesopotamia dapat dilihat berdasarkan ciri berikut:
a.      Mengamalkan kepercayaan banyak tuhan – politiesme.
b.     Raja sebagai wakil tuhan. Era Raja Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.Paksa rakyat sembahnya.
c.     Pendeta ketuai upacara agama di Zigurat.
d.     Tidak percaya kehidupan selepas mati tetapi hanya jatuh ke dalam gua yg penuh debu.
e.      Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan – teokrasi.
10. Sistem tulisan
a.       berasaskan gambar dan berkembang menjadi simbol dan ditulis pada tanah liat. Gunakan pen rumput buluh - bentuk pepaku dikenali cuneifom.
b.     Wujud jurutulis
c.     Tradisi kesusasteraan – Epik Gilgamesh
                                                  i.      kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia. Tentang kepahlawanan Gilgamesh – ada sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia. Wajah tampan, ada kekuatan dan keberanian. Telah memerintah dan memberikan perlindungan kepada Kota Uruk.
                  ii.      Ceritakan juga kehidupan yang kekal dan kesaktian.
 




No comments:

Post a Comment